Sistem Penyejukan Kenderaan ( cooling system )


System penyejukan enjin ialah sistem sokongan  bagi menyelenggara suhu kendalian enjin agar  mencukupi pada sebarang kendalian dan pacuan.apabila kuasa dihasilkan oleh system dinamik enjin  maka haba akan terhasil .

Tujuan

1.   Menyelenggara enjin pada suhu kendalian terbaik
2.   Memindahkan haba yang tidak diperlukan .
  
Terdapat 2 kaedah dalam system penyejukan

a.       Sistem penyejukan udara
b.      Sistem penyejukan cecair (coolant )


Sistem penyejukan cecair (coolant )

Asas kendalian

Menggunakan coolant (cecair) sebagai bahan , dikendalikan oleh water pump  untuk menyelenggara edaran cecair dalam sistem .Apabila enjin sejuk coolant didalam enjin akan beredar pada sekeliling water jaket (dalam block enjin) maka injap pada thermostat masih lagi tertutup menyekat coolant melalui radiator.Sebab itu enjin cepat dipanaskan.

Injap pada thermostat  terbuka apabila  coolant mencapai tahap kendalian enjin (enjin mula panas).Coolant  akan lalu memasuki thermostat, upper hos dan seterusnya radiator  untuk membebaskan haba ke udara, kipas digunakkan untuk menambahkan aliran udara melalui radiator

Coolant diperbuat daripada etilena glikol dan air pada kadar 50% setiap satu,walau bagaimanapun  bagi enjin pacuan hadapan, kepala silinder adalah aluminium dan radiator adalah kecil, suhu kendalian coolant menjadi lebih tinggi.bagi memperbaiki masalah ini ,nisbah etilena glikol dengan air ditukar ( 60% etelina glikol, 40% air), dan satu  pressure cap bertekanan  16-18 psi (110-124 kPa ).





Komponen penyejukan cecair

Radiator



Radiator merupakan komponen terpenting dalam sistem penyejukan. Digunakan untuk menampung air panas ( coolant) dari enjin supaya dapat disejukkan dan dibekalkan semula kepada enjin. Air yang melalui jaket air (water jacket) di enjin perlu disejukkan sebelum beredar semula.Sistem ini dilaksanakan dengan mendedahkan coolant ke udara dengan permukaan yang luas.Radiator biasanya dipasang di hadapan atau di belakang kenderaan.Satu alur masuk pada tangki atas, menerima bahan penyejuk panas dari enjin.Satu paip limpahan membuang sisa penyejukan dan wap (resevoir tank).

Teras terdiri daripada banyak tiub yang dipasangkan ke sirip.Air disejukkan apabila melalui tiub dan haba dibebaskan ke udara melalui kawasan luas sirip.Terdapat dua jenis sirip radiator haba :


Jenis Sirip Plat Rata. 

terdiri daripada tiub aluminium berbentuk bujur yang mempunyai kawasan permukaan penyejukan yang luas, disusun tegak dan  sekata pada sirip plat rata.



Jenis Sirip Berombak.

Bentuk ini memberikan satu kawasan permukaan yang luas,mengurangkan berat dan mudah untuk menyilang berbanding dengan jenis sirip plat.

Radiator juga boleh dikelaskan mengikut aliran air.

i)  Air mengalir dari atas ke bawah.) ( seperti gambar diatas ,vertical )
ii) Air mengalir mendatar dari tangki dan masuk di satu sisi ke tangki lain di satu sisian( jenis         aliran melintang horizontal )



Pressure Cap




Pressure cap menghalang coolant mendidih walaupun pada suhu 100 C. Apabila coolant menjadi lebih panas,perbezaan suhu di antara co dan atmosfera menjadi lebih besar. Penyejuk masih berkesan walaupun menggunakan radiator yang kecil. Tudung radiator bertekanan ( dalam rajah ) mempunyai injap pelaras tekanan dan injap vakum, dengan itu jika tekanan cecair dipanaskan di dalam sistem penyejukan melebihi 1.9 kg/cm2 wap memaksa injap larasan tekanan terbuka dan membebaskannya ke udara atau atmosfera dari paip limpah.

Akibatnya, bila suhu penyejukan berkurangan dan tekanan tangki berkurangan daripada tekanan atmosfera, injap vakum terbuka bagi membenarkan udara dari luar masuk. Dalam aliran ini , sistem penyajukan dalaman diselenggara pada 1.0-1.9 kg/cm2. Membenarkan air mengalir ke tangki simpanan apabila tekanan melebihi 15 psi. Mengurangkan kadar pemeluwapan air pada tekanan udara yang tinggi supaya water pump berfungsi dengan baik.Melindungi Hos Radiator dan mengelakkan berlakunya pusuan air.




Tangki Takungan ( Reserve Tank )




Apabila  cecair ( coolant ) menjadi panas isipadu air akan mengembang dan bertambah  menyebabkan limpahan Limpahan tersebut dialirkan ke tangki takungan (resevoir tank). Apabila suhu turun, cecair dalam tangki kembali semula ke radiator. Ini mencegah buangan yang tidak diperlukan dan juga kehilangan cecair.
                            





Hos Bawah (Lower Hose)


Auto Service in Topeka



Menghubungkan tangki bawah Radiator ke Pam Air (Water Pump).

Hos Atas (Upper Hose)



Menghubungkan tangki atas Radiator ke Enjin





Kipas Radiator (Radiator Fan)




Kipas enjin biasanya dipasang di atas water pump dan dipacu oleh tali sawat (kereta oldskool). Bagi kereta moden pula kipas dipasang dibelakang radiator .Tujuan kipas ialah untuk mngalirkan lebih udara melalui radiator. Kipas akan menyedut udara sejuk dari hadapan enjin ke belakang ke arah Radiator bagi menyejukkan cecair didalam Tangki Air (Radiator).


Terdapat dua jenis kipas iaitu kipas insani dan elektrik.



i . Kipas insani dipacu terus oleh talisawat dan dipasang di hadapan enjin.(kereta oldskool)

                        

ii. Kipas elektrik pula dipacu oleh tenaga elektrik apabila suhu enjin melebihi suhu kendalian.Kipas ini dipasang di belakang radiator dan memerlukan satu motor kecil yang digerakkan secara elektrik.(kereta moden)






Pam Air (Water Pump)

Pam Air (Water Pump) biasanya digunakan untuk mengedarkan air. Ia dipasangkan ditempat berhampiran dengan pulley dan dijana oleh belting . Air di pam ke seluruh Sistem Penyejukan bagi memindahkan haba yang berlebihan.





Laras Suhu (Thermostat)



Posted Image








Laras Suhu (Thermostat) dipasang dalam saluran air diantara kepala silinder dengan bahagian atas radiator( bergantung pada jenis kereta).  Laras Suhu (Thermostatberfungsi mengawal suhu malar iaitu dengan menyekat edaran air supaya suhu kendalian dapat dicapai dengan lebih cepat. Suhu kendalian yang baik ialah antara 80 C – 90 C. Ia adalah penting untuk dicapai selepas enjin dihidupkan dan untuk menyelenggara semasa kendalian.

Laras Suhu (Thermostat ialah satu injap automatik yang pengendaliannya bergantung kepada suhu. Apabila suhu penyejukan rendah , injap tertutup dan penyejuk tidak boleh beredar mengelilingi enjin. Apabila penyejuk menjadi panas, injap terbuka ( mencapai suhu kendalian enjin ) dan bahan penyejuk mengalir ke radiator . Terdapat berbagai-bagai jenis larasuhu yang biasa digunakan iaitu jenis belosdan dan  jenis lilin.






- Jenis lilin adalah yang paling popular setakat  ini. Selain daripada itu terdapat dua lagi larasuhu   iaitu jenis sarung dan jenis kupu-kupu( dalam rajah ).



Radiator Fan Sensor





Berindak sebagai suis kepada kipas radiator. Sensor ini akan berfungsi bila cecair telah mencapai suhu kendalian tertentu dan akan menhidupkan kipas radiator. Akan 'off' bila suhu cecair mencapai suhu kendalian yang minimum.

Penunjuk Suhu

Penunjuk memberi amaran kepada pemandu jika terdapat keadaan luar biasa yang terjadi dalam sistem penyejukan (water temperature). Terdapat tiga jenis penunjuk iaitu jenis tekanan wap , elektrik dan penunjuk lampu.

1. Tekanan wap 

Penunjuk jenis ini terdiri daripada satu bulb penunjuk dan satu tiub penghubung bulb ke unit penunjuk. Unit penunjuk terdiri daripada satu lengkok atau tiub Bourdon, satu dirangkaikan ke jarum penunjuk, yang satu lagi hujungnya terbuka dan dihubungkan ke satu tiub dan bulb. Bulb penunjuk biasanya dipasangkan ke jaket air di enjin, diisikan dengan cecair mudah sejat pada suhu rendah. Apabila suhu enjin bertambah, cecair dalam bulb mula tersejat, mewujudkan tekanan yang dihantar melalui tiub ke tiub Bourdon dalam unit penunjuk . Tekanan cenderung untuk meluruskan tiub lengkok menyebabkan jarum penunjuk bergerak di atas tolok dan menunjukkan suhu dalam jaket air.

2. Penunjuk elektrik 


Penunjuk elektrik dikendali dengan dua cara ;

  • jenis gelung imbangan 
  • jenis larasuhu dwilogam.
  1. Penunjuk Jenis gelungan imbangan
    Terdiri daripada dua unit iaitu unit pemuka dan unit enjin.Unit enjin menukar rintangan dengan kesan suhu, dengan cara lebih arus mengalir kurang rintangan dengan kesan suhu, dengan cara lebih arus mengalir kurang rintangan dan penunjuk menunjuk ke arah suhu tinggi.

  2. Penunjuk jenis larasuhu dwilogam
    asas pergerakan sama dengan sistem penunjuk dalam sistem bahan api.

3. Penunjuk lampu 

Sistem penunjuk lampu , mempunyai satu unit penghantar suhu air yang dipasang pada enjin dan terdedah kepada air di sistem penyejukan. Unit penghantaran disambungkan kepada dua lampu dan bateri melalui suis penyalaan. Apabila enjin sejuk,unit hantaran dihubungkan ke lampu sejuk, apabila suhu telah mencapai suhu kendalian iaitu 80 C – 90 C, lampu sejuk padam. Jika enjin mengalami panas lampau, larasuhu dalam unit penghantar suhu meleding ke tamatan panas dan lampu merah menyala. Ia dapat menunjukkan kepada pemandu, enjin telah mengalami panas lampau.


2. SISTEM PENYEJUKAN UDARA.

Sistem penyejukan udara biasanya digunakan dalam enjin-enjin kecil, satu dan dua silinder seperti motosikal dan enjin pemotong rumput.Bongkah silinder biasanya dilengkapkan dengan sirip logam yang memberikan satu permukaan penyejukan yang luas.Ia mengalirkan haba daripada silinder. Bagi enjin besar yang menggunakan udara, satu selubung logam digunakan bagi mengarahkan aliran udara ke sekitaran silinder untuk meningkatkan penyejukan.

Jenis enjin yang menggunakanudarasebagaimediumpenyejukan, apabila motor ditunggang udara yang sejuk akan melalui sirip penyejukan dan mengurangkan panas pada enjin tersebut Asas Kendalian Penyejukan Udara.

Udara panas daripada pepejal dan logam dinyahkan ke atmosfera. Sementara udara sejuk menggantikan udara panas yang dinyahkan. Satu pendesak diletakkan dalam selubung logam untuk meniupkan udara melalui sirip-sirip udara dan haba dinyahkan ke atmosfera.(contoh enjin motor vespa)












Sumber: Teknologi Automotif ( Mohd Bahaman Mohd .Rajuli )




Post a Comment

Previous Post Next Post