Peningkatan kuasa dengan menggunakan pegecas turbo adalah berbeza mengikut jenis dan saiz enjin.Dalam satu ujian keatas enjin diesel satu silinder 4 lejang,kuasa breknya telah bertambah sebanyak 37.5% berbanding dengan enjin yang tidak mengunakan pengecas turbo ,pada enjin lain pula sebanyak 56.2 % telah diperolehi.
Pengecas turbo ( Turbocharge )
kuasa yang dijana oleh sesebuah enjin bergantung kepada jenis bahanapi dan peratusan bahanapi yang dibakar pada sekali lejang masukan .turut mempegaruhi penjanaan kuasa ini adalah kecekapan pembekalann udara kedalam silinder untuk membakar keseluruhan bahanapi.
dengan penambahan udara didalam silinder,maka lebih tinggi peratusan bahan api yang mampu terbakar.Lebih tinggi peratusan bahanapi yang terbakar, lebih tinggi kuasa yang dihasilkan .
Antara kelebihan pengecas turbo adalah :
a) menambahkan kuasa enjin.
b) ekonomi pengunaan bahanapi
c) harga yang murah berbanding dengan yang sama kelas dengannya
kuasa enjin dapat ditingkatkan sebanyak 50% .

0.7 Bar Boost - + 56.3 BHP (+ 43.5%) / + 127.9 NM Torque (+ 84.5%) (proton inspira 1.8)
Sumber : Speedwork Malaysia
Sistem Pengecas turbo ( Turbocharge )
suatu alat yang mengandungi turbin yang dipacu oleh gas ekzos,turbin tersebut akan memacu suatu peniup empar ( turbin wheel) yang dipasang bersebelahan dengannya . ianya digunakan untuk membekal kan udara bagi pembakaran .
sistem ini bukan saja boleh bekerja pada suhu haba yang tinggi malah boleh bekerja pada suhu yang berubah-ubah ,pada saluran masuk ke pengecas turbo (daripada salur ekzos ) suhunya adalah 1500 F sementara salur keluarnya adalah 300 F.Oleh kerana gas ekzos digunakan untuk memacu turbin ,10% tenaga telah dijimatkan berbanding pengunaan supercharge yang dipacu oleh enjin.
Peningkatan ini adalah disebabkan :
a) campuran udara yang lebih sempurna didalam silinder.
b) udara yang mencukupi bagi membakar seluruh bahanapi yang dipancitkan.
c) kecekapan mekanikal enjin berubah.
sistem pengecas turbo juga dilengkapi dengan alat penyejuk bagi memastikan suhu pada udara masukan tidak melebihi paras yang ditetapkan supaya enjin menghasilkan kuasa yang maksima.
Jenis-Jenis Sistem Turbo
Variable Turbocharger.
Dicipta untuk mengurangkan turbo lag. variable turbo bertindak seperti turbine yang boleh membesar dan mengecil. Terdapat dua ruang dalam turbine berkenaan, ruang besar dan kecil. Ruang kecil diaktifkan pada Rev rendah dari 0-3000 RPM. Jadi tiada lag berlaku kerana kipas kecil yang digerakkan tidak memerlukan sejumlah tenaga yang besar untuk menggerakkannya. Sebaik sahaja gas ekzos mencapai kapasiti optimum, turbine akan membuka ruang yang lebih besar untuk memberi boost yang lebih tinggi.Salah satu contoh kenderaan yang menggunakan sistem ini ialah toyota hilux 3.0 .
Biasanya mempunyai 2 turbo. Sama seperti variable turbo. Tujuannya adalah untuk mengurangkan lag. Pada Rev rendah, hanya satu turbine akan berfungsi, dan memaksa angin masuk ke dalam kebuk pembakaran dengan kadar minimum tetapi pada rev tinggi, turbine kedua diaktifkan dan paksaan udara yang masuk lebih tinggi dan kuat.
Twin turbo
twin turbo menggunakan 2 turbine. biasanya berlaku pada enjin jenis V yang exhaust manifold masing-masing di arah bertentangan dan sesetengah nya pada enjin 6 sebaris seperti enjin rb26 skyline dan 2jz supra. Pada enjin V6, 3 silinder akan bergantung pada satu turbo. menjadikan 6 silinder dan 2 turbo.
