Photo used under Creative Commons from mariordo59 |
Berikut adalah harga baru, OTR termasuk insurans bagi pendaftaran persendirian:
Toyota Prius - RM 216,400.52
Toyota Prius Luxury - RM 230,916.00
Toyota Prius C - RM 153,170.43
Dengan senarai baru ini dapat kita lihat, B-segmen Prius C harganya lebih kurang sama dengan kereta D-segmen Camry, malah harga Prius dan Prius Luxury mempunyai tanda harga lebih RM200k.
Photo used under Creative Commons from Simon Yeo |
Model ini tidak layak untuk insentif hibrid CBU sebelum ini iaitu untuk model yang mempunyai enjin 2.0 liter dan ke bawah sahaja kerana Camry Hybrid mempunyai enjin yang lebih besar iaitu 2.4 liter enjin. Camry Hibrid akan dipasang dalam negara untuk memenuhi syarat untuk pengecualian duti untuk kereta CKD hibrid seperti termaktub dalam Dasar Automotif Negara (NAP) 2014, yang tidak menetapkan had sesaran enjin. Insentif baru untuk kenderaan CKD hibrid akan berakhir pada tahun 2015.