Proton mengumumkan satu varian baharu YANG dikenali sebagai
Proton Exora Super Premium (SP) bagi menggantikan varian Prime.
Dengan enjin lebih berkuasa (turbo 1.6 liter) untuk varian
SP, Premium dan Executive, Proton juga menaik taraf aspek keselamatannya. Jadi,
varian Premium dan SP kini dilengkapi empat beg udara, Electronic Stability
Control (ESC) dan lampu nyalaan siang (DRL) untuk memberi lebih banyak pilihan
kepada pengguna.
Selain itu, Exora baharu turut menerima tingkap kuasa pada bahagian hadapan dan belakang,
kemera undur serta cermin pandang belakang dengan imej ketika mengundur pada
semua varian.
Stereng Exora kini telah dibalut kulit, kemasan baharu pada
konsol tengah, tempat duduk ergonomik, corong pendingin hawa untuk penumpang
belakang dan lampu belakang yang digelapkan untuk penampilan lebih sporty. Varian Premium dan SP pula ditambah dengan
ciri kawalan jelajah, suis kawalan audio pada setereng serta pemain DVD.
Biarpun dengan semua penambahbaikan ini, kami ingin
mengumumkan bahawa harga Exora telah diturunkan sebanyak 5.8 peratus atau
RM4,710 untuk varian-varian terpilih,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton,
Datuk Abdul Harith Abdullah.
Pengurangan harga adalah seperti berikut .
Varian baharu Exora sudah dibuka untuk tempahan. Unit pandu
uji ialah varian Premium, manakala varian SP boleh dilihat di bilik-bilik
pameran terpilih Proton.
Exora didatangkan dalam tujuh warna iaitu putih, coklat,
kelabu, perak dan hitam. Sementara biru dan kelabu (Indiana Grey) menjadi warna
baharu MPV tersebut.