Honda Jazz serba baharu mempersona



Antara empat elemen  yang ditawarkan untuk honda jazz serba baharu kali ini adalah penjimatan minyak yang lebih ekonomi serta ruang kabin yang luas, rekaan yang  lebih sporty dan prestasi yang dinamik pada harga yang berpatutan.

Kemunculan Jazz generasi pertama yang diperkenalkan pada tahun 2001, mencetuskan fenomena di Malaysia apabila ia menjadi pilihan kebanyakan generasi muda biar pun ketika itu ia dijual pada harga yang tinggi. Setelah melihat permintaan kereta hatchback yang begitu tinggi di Malaysia, satu demi satu model facelift diperkenalkan. Honda malaysia yang terletak di Pegoh Melaka memperkenalkan versi CKD pada tahun lalu, dan harganya semakin menurun.

Pada tahun ini Honda Malaysia berbesar hati melancarkan model baharu bagi jentera hatchback ini dengan menawarkan tiga varian iaitu Gred S, Gred E dan model spesifikasi tertinggi, Gred S. Berbanding di Thailand, Honda membawakan enam varian bagi pasaran negara tersebut.


Bagi Gred S, harga atas jalan berserta insurans yang ditawarkan ialah RM72,800. Manakala bagi varian Gred E pula ialah RM79,800 dan model spesifikasi tertinggi iaitu Gred V berharga RM87,800.
Dengan reka bentuk baharu Honda iaitu “Exciting H Design!!!”, memberikan imej yang lebih agresif dan pastinya cukup sporty untuk Jazz ini. Menampilkan konsep rekaan “Crossfade Monoform Exterior” yang lebih berdinamik, ternyata memberikan karekteristik tersendiri buat Jazz ini.
Jazz ini masih dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC tetapi yang telah diberi penambahbaikan, mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 120 PS pada 6,600 rpm dan tork 145 Nm pada 4,600 rpm. Hadir dengan transmisi CVT baharu dengan jenis klac Torque Converter. Tidak dinafikan, transmisi yang ditampilkan oleh Jazz ini lebih menarik dan ‘sedap’ berbanding dengan model City serba baharu .



Selain itu, bagi  penggunaan bahan api yang lebih ekonomi , Jazz baharu ini  hadir dengan platform baharu Honda dengan struktur yang lebih ringan dan tegar . Honda mendakwa Jazz serba baharu ini boleh mencapai penggunaan bahan api sebanyak 17.81 km untuk setiap liter.

Malah keluasan kabin memberikan Jazz serba baharu ini tampil lebih istimewa berbanding dengan model sebelumnya. Walau pun berkongsi platform dengan City serba baharu, namun Jazz tampil dengan jarak roda yang lebih panjang.

Dengan ukuran 3,955 mm bagi panjang, kelebaran 1,694 mm, tinggi 1,524 mm dan jarak roda 2,530 mm, tidak hairanlah Jazz baharu ini mempunyai ruang kabin yang lebih luas dan pastinya menambahkan keselesaan bagi  sesiapa yang menaikinya.

Antara elemen dalaman yang ditampilkan ialah ia dilengkapi dengan paparan skrin sesentuh Advanced Touch Audio bersaiz tujuh inci dengan fungsi MirrorLink (bagi varian V). Turut ditawarkan ialah paparan meter pelbagai maklumat dan sistem pendingin hawa automatik dengan panel kawalan sentuh (juga bagi varian V) dan sistem Kemasukan Pintar serta Butang Penghidup Enjin (varian E dan V).Sistem kawalan telefon bebas tangan dan Kawalan Pengecaman Suara juga diletakkan pada stereng multi fungsi (varian V).

Jazz baharu ini menampilkan tempat duduk “Magic Seat” dengan empat mod konfigurasi yang lebih baik berbanding model sebelumnya. Peningkatan ketara adalah pada bahagian bahu dan kaki penumpang belakang serta ruang kargo.




Ruang kargonya  memuatkan kapasiti sehingga 400 liter, berbanding hanya 337 liter bagi model terdahulu.

Jazz baharu ini  dimantapkan dengan sistem suspensi topang MacPherson untuk bahagian hadapan dan torsion beam pada belakang. Sistem suspensi ini telah diberi penambah baikan bagi memantapkan lagi kestabilan kenderaan sewaktu dipandu. Malah ia juga memberikan kestabilan pada stereng, kurang gegaran dan juga pengendalian yang lebih baik.


Tidak seperti model bagi pasaran Thailand), Jazz versi Malaysia hasil pemasangan tempatan ini (unit CKD) tidak dilengkapi dengan pedal penukar gear (paddle shifters), mod ECON, kawalan kelajuan, kamera undur dan navigasi (diletakkan di dalam pakej pilihan).

Bagi aspek keselamatan, Jazz baharu dipadankan dengan enam beg udara, Emergency Stop Signal (varian E dan V), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) (varian E dan V), kerangka G-CON dan ISOFIX

Kesemua tiga varian ini didatangkan dengan lima warna pilihan iaitu New Tinted Silver (iaitu warna baharu sempena pengenalan Jazz ini), Brilliant Sporty Blue Metallic, Taffeta White, Crystal Black Pearl dan Modern Steel Metallic.









Pembeli jazz  juga boleh memberikan kelainan pada imej hatchback ini dengan pilihan Pakej 
Modulo (kit badan + pedal sports, RM2,650), Pakej Utiliti (lampu kaki + pelapik kargo + trunk organiser + panel pemijak iluminasi, RM1,250) dan buat pertama kalinya ia turut didatangkan dengan Pakej Mugen (kit badan + spoiler belakang + logo Mugen yang keseluruhannya bernilai RM4,900).

Honda Malaysia turut menawarkan waranti selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had dan penyelenggaran untuk setiap 10,000km.


Post a Comment

Previous Post Next Post