Nissan GT-R Nismo tidak asing lagi di berbagai gelanggang lumba kereta dunia. Untuk Japan Super GT Series, peraturan berubah, disamakan
dengan perlumbaan German Touring car Masters (DTM) yang membuat para jurutera
Nissan dan Nismo merombak spesifikasi enjin.
Bertarung di kelas GT500, Nissan GT-R Nismo yang berbekal enjin jalanan 3.800cc twin-turbocharged, V6 (enam silinder), bertenaga 600PS, diubah konfigurasinya menjadi 2.000cc, turbo, empat silinder, dengan kod NR20A. Enjin ini benar-benar baru dan khusus dibangunkan untuk tujuan perlumbaan.
Kereta menjadi lebih ringan dan cepat berbanding versi
sebelumnya dengan enjin 6 silinder.
Peraturan lain yang mewajibkan rombakan adalah penggunaan
casis monokok, transmisi, brek, dan tangki bahan bakar yang sama. Semua peranti
wajib itu komposisinya mencapai 70 peratus. Nissan hanya diberi kebebasan untuk
membangunkan pakej ennin dan aerodinamik.
"Sejujurnya, dengan pakej baru, terutama penggunaan
silinder lebih sedikit, kereta lebih ringan. Dari uji cuba kami, kereta ini
lebih cepat satu hingga dua saat berbanding model lama. Bahkan ketika ujian di Sepang,
rekod litar telah kami pecahkan, "kata Yutaka Suzuki, GM, Race Engineering
Nismo dalam video persiapan pasukan.
Tidak disebutkan berapa tenaga yang dihasilkan daripada
enjin baru ini. Namun Yutaka mengatakan bahawa sudah cukup untuk memberi
"kesan wow" di depan para penonton yang akan menyaksikan perlumbaan
ini kelak.
Sumber: Kompas Otomotif