Repsol teruskan kerjasama dengan Honda sehingga 2017

Spanish MotoGP rider Dani Pedrosa powers his H...
Spanish MotoGP rider Dani Pedrosa powers his Honda during MotoGP pre-season test session at Sepang International Circuit outside Kuala Lumpur January 22, 2007. Rashidi Saleh@jaggat (MALAYSIA) (Photo credit: Wikipedia)
Syarikat minyak dan gas Sepanyol, Repsol, memperbaharui kontrak kerjasama dengan Honda MotoGP sehingga 2017. Kerjasama yang dibina sejak 1995 ini menjadi yang paling lama dalam sejarah lumba motosikal dunia, sekaligus menghasilkan ikon warna yang melekat pada motosikal perlumbaan Honda.

Selama dua dekad kerjasama ini, Repsol dan Honda sudah menggenggam 10 kejuaraan, 133 kemenangan, dan 354 podium. Pasukan ini juga meraih enam gelaran pembina yang pertama kali diperoleh pada 2002. Juara dunia yang tercatat dalam sejarah Repsol Honda adalah Mick Doohan, Alex Criville, Valentino Rossi, Nicky Hayden, Casey Stoner, dan terbaru Marc Marquez.

Tahun ini, Repsol Honda melihat prestasi kedua pelumbanya cukup memberangsangkan. Marc Marquez belum terkejar dengan sembilan kemenangan. Sementara Dani Pedrosa yang sudah bergabung dengan pasukan sejak memasuki kelas utama pada 2006 bertengger di kedudukan ke-2 liga dengan tujuh podium.

"Kami sangat teruja dengan kerjasama baru ini, yang memanjangkan kebersamaan kami sejak 1995. Kami mencapai kejayaan, baik dalam hasil kejohanan perlumbaan maupun pembangunan teknologi," ujar Begona Elices, Director General of Communication and Presidency Repsol.

Ditambah, Marc dan Pedrosa adalah wakil dari nilai Repsol yang sempurna. Ikatan yang terjalin dalam persaingan tertinggi lumba motosikal, adalah dorongan terbaik untuk meningkatkan nilai Repsol sebagai syarikat global, sekaligus memberi motivasi untuk terus menyediakan pelincir terbaik.

"Kerjasama kami dengan Honda adalah contoh kerjasama pasukan, dilengkapi dua penunggang yang menjadi duta dari nilai syarikat. Misalnya integriti, tanggung jawab, keberanian, semangat, dan mengatasi kesulitan, "tambah Elices.

Kemas kini kerjasama ini mengikuti lanjutan kontrak kedua pelumba hingga musim 2016 berakhir.

Post a Comment

Previous Post Next Post